Secara ringkas dan padat, ini adalah satu kejutan untuk diri sendiri kerana ingin cuba bergiat aktif dalam dunia internet dan sekali gus berkongsi maklumat tentang perniagaan internet dengan rakan2 yang terlebih dahulu dan sudah pun menuai hasilnya.
Diharapkan agar ilmu yang boleh mendatangkan manafaat kepada diri sendiri dan yang melawati blog ansurmaju.wordpress.com akan diperolehi. Seperti kata pepatah ‘Bulat Air kerana Pembentung Bulat Manusia Kerana Muafakat’ boleh dijadikan satu panduan kepada pengguna internet yang mahir untuk berkongsi informasi yang berguna. Ilmu sekiranya dikongsi dan didedahkan tidak akan hilang malah akan terus bertambah.
Akhir kata, ‘SIKIT SIKIT LAMA LAMA JADI BUKIT’ akan menjadi suntikan kepada pengguna internet agar terus mencari dan mencari ilmu untuk dikongsi bersama. Bermula dari tiada dan seterusnya akan mula mendapat hasil dan seterusnya siapa tahu????.
semoga TUHAN memberkati segala usaha, wassalam..