Secara ringkas dan padat, ini adalah satu kejutan untuk diri sendiri kerana ingin cuba bergiat aktif dalam dunia internet dan sekali gus berkongsi maklumat tentang perniagaan internet dengan rakan2 yang terlebih dahulu dan sudah pun menuai hasilnya.
Diharapkan agar ilmu yang boleh mendatangkan manafaat kepada diri sendiri dan yang melawati blog ansurmaju.wordpress.com akan diperolehi. Seperti kata pepatah ‘Bulat Air kerana Pembentung Bulat Manusia Kerana Muafakat’ boleh dijadikan satu panduan kepada pengguna internet yang mahir untuk berkongsi informasi yang berguna. Ilmu sekiranya dikongsi dan didedahkan tidak akan hilang malah akan terus bertambah.
Akhir kata, ‘SIKIT SIKIT LAMA LAMA JADI BUKIT’ akan menjadi suntikan kepada pengguna internet agar terus mencari dan mencari ilmu untuk dikongsi bersama. Bermula dari tiada dan seterusnya akan mula mendapat hasil dan seterusnya siapa tahu????.
semoga TUHAN memberkati segala usaha, wassalam..
wah macam karam shing walia la pula.. tapi saya suka penulisan anda kerana anda banyak meletakkan kata-kata peribahasa dan perumpamaan. Ia adalah suatu contoh yang baik dalam penulisan blog. Tahniah kepada anda
Komen oleh Noorizam Shah — Julai 25, 2006 @ 1:26 pm
Thanks,
karam sing walia tu dalam TV3, dalam blog takde lagi kot. Idea nak selitkan peribahasa ni datang secara tak disengajakan. Nak memperkayakan lagi ilmu bukan senang. Jadi, blog ni sebagai alternatif untuk memantapkan lagi penggunaan bahasa ibunda.
thanks lagi sekali sebab sudi membuat lawatan kat blog yang tak seberapa ni.
Komen oleh ansurmaju — Julai 26, 2006 @ 12:38 pm
Teruskan menulis saudara, saya juga mempunyai visi seperti saudara. Di blog saya juga menampilkan ratusan coretan saya yang boleh dikongsi untuk saudara berkaitan keusahawanan samada perniagaan internet mahupun konvensional…
Komen oleh sydinar — Ogos 17, 2006 @ 7:39 pm